24 Disember 2015 - Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah menghantar 40 orang peserta bagi menyertai perarakan Maulidul Rasul peringkat Negeri Melaka yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan MSNM termasuk Ketua Hakim Syarie MSNM,YAA Datuk Hj Mohd Radzi Bin Abdul Latif dan Ketua Pendaftar MSNM,Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz. Perarakan ini merupakan penyertaan kali kedua MSNM selepas penyertaan kali pertama pada 3 Januari 2015 yang lalu.
24 Disember 2015 -Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah menghantar 40 orang peserta bagi menyertai perarakan Maulidul Rasul peringkat Negeri Melaka yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan MSNM termasuk Ketua Hakim Syarie MSNM,YAA Datuk Hj Mohd Radzi Bin Abdul Latif dan Ketua Pendaftar MSNM,Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz. Perarakan ini merupakan penyertaan kali kedua MSNM selepas penyertaan kali pertama pada 3 Januari 2015 yang lalu.
Penyertaan warga MSNM dalam perarakan Maulidul Rasul ini bertujuan bagi sama-sama mengingati tarikh kelahiran Rasulullah s.a.w dan untuk menunjukkan rasa cinta kepada Baginda serta mengenang segala jasa dan pengorban yang dilakukan oleh Baginda.
Semua kontijen perarakan berkumpul di Stadium Hang Tuah kira-kira jam 7 pagi sebelum majlis ucapan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron. Kemudian peserta dari pelbagai kontijen memulakan berarak sejauh 5 kilometer dari Stadium Hang Tuah ke Dataran Pusat Islam,Bukit Palah. Semua peserta kelihatan tetap bersemangat walaupun hujan renyai mengiringi perarakan tersebut. Program selesai dalam jam 12.30 Tengahari dan semua peserta menikmati juadah yang disediakan sebelum bersurai.
Berita dan Gambar Disediakan Oleh: Cik Izzah Hanani Binti Suhaimi