Lawatan Penyelidikan Undang-Undang Syariah Oleh Deligasi Mahkamah Syariah Negeri Melaka ke Beijing, China
Lawatan Penyelidikan Undang-Undang Syariah Oleh Deligasi Mahkamah Syariah Negeri Melaka ke Beijing, China
26 April - 01 Mei 2017. Lawatan Penyelidikan Undang-Undang Syariah ke Negara China pada tahun ini membuka satu pengalaman dan lembaran baru kepada warga Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Delegasi seramai 10 orang yang diketuai oleh YAA Datuk Hj Mohd Radzi bin Hj Abd Latif, Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka berkesempatan berkunjung ke Beijing baru-baru ini. Objektif lawatan penyelidikan pada tahun ini adalah memfokuskan mengenai hak dan kebajikan mualaf di negara China. Selain daripada itu juga, penyelidikan mengenai perkahwinan dan perceraian masyarakat negara China yang beragama Islam juga merupakan sebahagian daripada penyelidikan kali ini.

Gambar1: Deligasi MSNM Ke Beijing, China
Lawatan penyelidikan yang pertama adalah kunjung hormat ke pejabat Kedutaan Malaysia di Beijing dan berkesempatan berjumpa dengan Duta Malaysia ke China iaitu Tuan Yang Terutama Dato' Zainudin bin Yahya. Pertemuan selama lebih kurang satu jam yang di pengerusikan sendiri oleh Tuan Yang Terutama dengan kehadiran beberapa orang pegawai daripada kedutaan membuahkan hasil apabila beberapa perkongsian maklumat dan pengalaman juga diperolehi di dalam pertemuan tersebut.

Gambar2: Sesi Temubual Bersama Duta Malaysia di Beijing

Gambar3: Sesi Temubual Bersama Duta Malaysia di Beijing

Gambar4: Sesi Penyerahan Cenderahati daripada Ketua Deligasi

Gambar5: Rombongan Deligasi di Hadapan Pejabat Kedutaan Malaysia
Delegasi juga telah melawat Pusat Islam di Beijing China yang merupakan pusat setempat yang mengendalikan hal ehwal masyarakat di negara China yang beragama Islam termasuklah mengenai pendaftaran perkahwinan dan pengeluaran sijil perkahwinan. Urusan mengenai kebajikan golongan mualaf juga dikendalikan di pusat ini.

Gambar6: Pusat Islam di Beijing

Gambar7: Pusat Islam di Beijing

Gambar8: Rombongan Deligasi di Hadapan Pusat Islam Beijing
Lawatan penyelidikan ke Masjid Niu Jie adalah merupakan pelengkap kepada lawatan delegasi ke pejabat kedutaan dan Pusat Islam di negara China pada kali ini. Lawatan penyelidikan ke masjid tertua di China ini sangat bermakna dan bermanfaat. Apa yang menarik mengenai masjid ini ialah keramahan saudara kita sekitar masjid tersebut. Penduduk Beijing terkenal dengan sikap mereka yang kurang ramah, akan tetapi, di masjid dan di kawasan sekitarnya dimana terdapat warga tempatan yang beragama Islam, sikap mereka sangat berbeza.

Gambar9: Masjid Niu Jie
Delegasi berkesempatan menemubual salah seorang Imam yang dikenali sebagai Imam Abdullah Teng. Perkongsian maklumat berkaitan perkahwinan dan perceraian juga di perolehi daripada perjumpaan tersebut. Manakala mengenai mualaf pula, di masjid inilah mualaf akan di ajar mendalami ilmu Islam serta penghayatan kepada agama Islam.

Gambar10: Sesi Temubual Imam Abdullah Teng

Gambar11: Sesi Temubual Imam Abdullah Teng

Gambar12: Sesi Temubual Imam Abdullah Teng

Gambar13: Sesi Temubual Imam Abdullah Teng

Gambar14: Sesi temubual Imam Abdullah Teng

Gambar15: Sesi Penyerahan Cenderahati daripada Ketua Deligasi
Bak kata pepatah "Jauh perjalanan luas pengalaman" yang membawa maksud jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang dapat kita lihat. Benarlah pepatah tersebut. Berkelana dan bermusafir selama 5 hari di negara China, banyak pengalaman dapat diperolehi oleh delegasi. In Sha Allah maklumat penyelidikan yang telah diperolehi boleh dijadikan panduan di masa-masa akan datang. (” اطلبوا العلم و لو بالصين “)- “Tuntutlah Ilmu sampai ke negeri China”.

Gambar16 : Lawatan Ke Tembok Besar China
Berita Disediakan Oleh : Pn. Norazita binti Mohd Ali (Ketua Pelaporan Penyelidikan)






















.png)





.png)








