Skip to main content

Test

Sertai Kempen Last Call, Flash Zakat dan tunaikan zakat anda sebelum tahun ini melabuhkan tirainya!

💥 Last Call! Last Call! Last Call!

💰 Rebat Cukai 100% sebelum 31 Disember!

🌿Bayar zakat, jadikan ia teduhan buat mereka yang memerlukan dan berpeluang menangi hadiah menarik!

Tahun hampir berakhir, namun masih ramai lagi yang menanti !

Lebih 14,000 asnaf di Perak masih menanti zakat setiap bulan, itulah harapan untuk mereka seisi keluarga. Hampir 500 pesakit dialisis bergantung sepenuhnya pada rawatan demi kelangsungan hidup, sementara 300 keluarga masih memerlukan tempat berteduh dari panas dan hujan.

Tunaikan Zakat dengan Zakat Perak Al Ridzuan. Kerana pada setiap zakat yang anda keluarkan, ada teduhan yang meneduhkan mereka yang sedang diuji, ada senyuman yang kembali terukir pada wajah yang lama menanti, dan ada harapan baru yang mengalir untuk jiwa yang hampir berputus asa.

Zakat anda bukan sekadar angka,  ia adalah kehidupan, kekuatan dan peluang untuk mereka memulakan semula.

Bersama ZAPAR, jadikan akhir tahun ini penuh keberkatan dan pahala yang mengalir.

Tempoh Kempen

Kempen ini bermula pada 01 Disember 2025  jam 12.00 tengah malam (00:00 MYT) dan akan tamat pada 31 Disember 2025 jam 11.59 malam (23:59 MYT) (“Tempoh Kempen”). Sebarang penyertaan yang diterima selepas jam 11.59 malam (23:59 MYT) pada 31 Disember 2025 tidak akan diambil kira bagi kempen ini.

Kelayakan

  • Kempen ini terbuka kepada individu yang menunaikan mana-mana jenis zakat melalui mana-mana medium bayaran yang disediakan oleh ZAPAR sepanjang tempoh kempen.
  • Peserta perlu membuat bayaran zakat sekurang-kurangnya jumlah minimum RM500 bagi melayakkan penyertaan.
  • Peserta boleh menggabungkan resit bayaran daripada pelbagai jenis zakat untuk mencapai jumlah minimum.
  • Setiap peserta yang layak hanya boleh menyertai satu (1) penyertaan sahaja sepanjang tempoh kempen.

    Cara Penyertaan

    Cara Sertai? Mudah sahaja!

    • Tunaikan zakat melalui saluran rasmi ZAPAR, secara atas talian di maipk.gov.my atau mana-mana platform bayaran atau di mana-mana kaunter ZAPAR seluruh negeri.
    • Bayar sekurang-kurangnya RM500 (boleh gabungkan resit daripada pelbagai jenis zakat).
    • Hantar salinan resit bayaran beserta butiran diri melalui emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk pengesahan penyertaan.

    Pemilihan Pemenang

    • Pemenang dipilih melalui cabutan rawak dari peserta yang sah.
    • Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja sepanjang kempen.
    • Hadiah akan diserahkan dalam 30 hari bekerja selepas pengumuman pemenang.

    Jadikan rezeki lebih bermakna, rezeki untuk dihidupkan bukan disimpan.

    Hadiah

    • Pemenang hadiah utama akan menerima hadiah-hadiah seperti berikut: 

       

      Kategori

      Hadiah Utama

      Bilangan Pemenang

      Tempat Pertama

      Pakej Percutian Keluarga 3 hari 2 malam di Lost World of Tambun berjumlah RM2,000.00

      1 orang

      Tempat Kedua

      Pakej Percutian Keluarga 2 hari 1 malam di Lost World of Tambun berjumlah RM1,500.00

      1 orang

      Tempat Ketiga

      Pakej Percutian Keluarga 2 hari 1 malam di Lost World of Tambun berjumlah RM1,000.00

      1 orang

      Tempat Keempat –  Kelima

      Pakej Taman Tema di Lost World of Tambun berjumlah RM500.00

      2 orang

      Tempat keenam – Kelima Belas

      Gold Bar 0.5 gram gram Edisi Terhad ‘Teduh Rezeki’

      10 orang

      Tempat Keenam Belas – Kedua Puluh

      Tambah Nilai ewallet Touch n Go berjumlah RM100.00

      5 orang

    Terma & Syarat

    1. Kempen ini terbuka kepada semua individu yang menunaikan zakat, termasuk kakitangan ZAPAR dalam tempoh kempen.
    2. ZAPAR tidak bertanggungjawab terhadap penyertaan yang gagal diterima akibat isu teknikal, gangguan internet, atau kesilapan data.
    3. KLIK DISINI untuk melihat terma dan syarat penuh Kempen Last Call, Flash Zakat #LastCallFlashZakat!
    4. Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh ZAPAR.

    Soalan Lazim

    1. Apakah Kempen Last Call Flash Zakat?

    Kempen ini adalah inisiatif ZAPAR untuk memberi peluang kepada masyarakat menunaikan zakat sebelum tahun berakhir, menikmati rebat cukai 100%, dan berpeluang memenangi hadiah menarik.

    2. Bila tempoh kempen?

    Bermula pada 01 Disember 2025 jam 12.00 tengah malam (00:00 MYT) dan akan tamat pada 31 Disember 2025 jam 11.59 malam (23:59 MYT) (“Tempoh Kempen”).

    3. Siapakah yang layak menyertai?

    Terbuka kepada semua individu yang menunaikan zakat minimum RM500.00 melalui saluran rasmi ZAPAR sepanjang tempoh kempen.

    4. Bagaimana cara menyertai?

    a)   Tunaikan zakat melalui platform rasmi ZAPAR melalui mana-mana medium bayaran atau di kaunter ZAPAR seluruh negeri.

    b)   Bayar sekurang-kurangnya RM500 (boleh gabungkan resit daripada pelbagai jenis zakat).

    c)   Hantar salinan resit bayaran dan butiran diri melalui emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk pengesahan penyertaan.

    5. Berapa banyak penyertaan dibenarkan bagi setiap peserta?

    Setiap peserta hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan sahaja sepanjang kempen.

    6. Apakah hadiah yang ditawarkan?

    Pakej Percutian Keluarga di Lost World, Gold Bar 0.5 gram Edisi Terhad “Teduh Rezeki” dan tambah nilai eWallet Touch n Go.

    7. Bolehkah saya menukar hadiah atau menerima hadiah lain?

    Tidak, hadiah diberikan “seadanya” dan tidak boleh dipindah milik, ditebus, atau ditukar dengan wang/barangan lain. ZAPAR berhak menukar hadiah dengan nilai setara sekiranya hadiah tidak dapat disediakan atas sebab tertentu.

    8. Bagaimana pemenang dipilih?

    Melalui cabutan rawak daripada peserta yang sah dan lengkap mengikuti semua syarat penyertaan.

    9. Bila pemenang akan diumumkan dan hadiah diserahkan?

    Pemenang diumumkan selepas tarikh tamat kempen, dan hadiah akan diserahkan atau dihantar dalam tempoh 30 hari bekerja.

    10. Bagaimana sekiranya ZAPAR tidak dapat menghubungi pemenang?

    Sekiranya pemenang gagal dihubungi, tidak menuntut hadiah, atau hilang kelayakan, ZAPAR berhak memberikan hadiah kepada peserta lain yang lay

    11. Adakah saya perlu membayar kos tambahan untuk menerima hadiah?

    Tidak. Hadiah diberikan “seadanya”, sebarang kos lain seperti pengangkutan, perjalanan atau penghantaran adalah tanggungjawab peserta sendiri.

    12. Apakah tindakan jika terdapat masalah teknikal atau penyertaan gagal diterima?

    ZAPAR tidak bertanggungjawab terhadap penyertaan yang gagal diterima akibat isu teknikal, gangguan internet, ralat sistem, atau masalah luar kawalan ZAPAR.

    13. Adakah saya boleh memilih tarikh atau cara terimaan hadiah?

    Tidak, semua hadiah akan diagihkan mengikut proses dan kaedah terimaan yang ditetapkan oleh ZAPAR. Pemenang akan dihubungi, dan hadiah akan diserahkan atau dihantar mengikut kesesuaian yang ditentukan oleh ZAPAR.

    14. Siapa yang boleh saya hubungi jika ada pertanyaan?

    a)     Talian rasmi: 011-6748 9000/019-229 4780

    b)     E-mel rasmi: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Pakej Percutian Keluarga 3 hari 2 malam di Lost World of Tambun berjumlah RM2,000.00

    Daniel, Brooklyn, NY
    Anna, Salt Lake City, UT
    Steve, Columbia, MO
    John, Jackson, MI
    Sara, San Diego, CA