Selaras dengan komitmen Mahkamah Syariah Negeri Melaka untuk menyediakan perkhidmatan yang berteraskan kualiti kepada pelanggan, kami berjanji untuk menyediakan perkhidmatan mengikut tempoh masa seperti berikut :
Bil. |
Perkhidmatan |
Tempoh Masa |
1. |
Pelanggan akan diberikan tarikh sebutan/bicara/Majlis Sulh pada hari yang sama selepas permohonan yang lengkap didaftarkan |
1 hari |
2. |
90% kes yang didaftarkan akan disebut/dibicara/ Majlis Sulh dalam tempoh 21 hari selepas didaftarkan |
21 hari |
3. |
Memastikan kes Sulh dapat diselesaikan dalam tempoh 3 bulan |
3 bulan |
4. |
Mengeluarkan 90% Perintah Faraid dalam masa 14 hari selepas dibuat pembahagian hak waris |
14 hari |
5. |
Mengeluarkan salinan bersih Perintah Mahkamah dalam masa 14 hari selepas perbicaraan setelah menerima permohonan pihak-pihak |
14 hari |
6. |
Pendengaran sesuatu kes rayuan akan mula didengar dalam masa 3 bulan selepas Rekod Rayuan lengkap disempurnakan oleh pihak-pihak |
3 bulan |