Skip to main content

PELAJAR TAMAT LATIHAN PRAKTIKAL DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA DIRAIKAN OLEH YAA TUAN HJ. AZZEMAN BIN HJ. OMAR, KHS MSNM

29 Ogos 2024 | 24 Safar 1446H (Khamis) - Seramai 11 orang pelajar yang menjalani Latihan Praktikal di Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah dan akan tamat sesi latihan mereka. Dikalangan mereka ada yang menjalani latihan selama dua hingga tiga bulan. Kesemua 11 pelajar praktikal ini diraikan di dalam satu Majlis Ringkas Penyampaian Sijil Tamat Latihan Praktikal di Kompleks Mahkamah Syariah Ayer Keroh dan disempurnakan oleh YAA Tuan Hj. Azzeman Bin Hj. Omar, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka bersama-sama pegawai-pegawai Jabatan iaitu Encik Azahar Bin Hj. Jaapar (Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah), Puan Saudah Binti Adnan (Unit Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia), Puan Sharifah Binti Shuib (REKOD), Cik Siti Roslina Binti Ab Hasan (Kaunter OSC) dan Encik Abdul Razak Bin Mohamad (Unit Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia).

Kesemua pelajar yang diraikan ini rata-rata menzahirkan rasa sayu dan bangga kerana dapat berkhidmat di Mahkamah Syariah Negeri Melaka di samping itu pelajar berpeluang menyertai beberapa program besar anjuran Jabatan. Ini memberi mereka satu pengalaman berharga yang penuh bermakna untuk pelajar. Pihak Jabatan menzahirkan sekalung penghargaan kepada semua pelajar praktikal ini yang telah menamatkan sesi latihan mereka dengan menunjukkan keupayaan dan komitmen yang sangat tinggi terutamanya dalam memupuk semangat kerja berpasukan yang cemerlang.

Pihak Pengurusan Tertinggi dan Seluruh warga MSNM mendoakan agar semua pelajar akan lebih maju pada masa akan datang. Jutaan terima kasih diuacpkan kepada pelajar-pelajar berikut:

1. Cik Nabiha Solehah Binti Roslan
    Ijazah Al-Quran & Al-Sunnah
    Universiti Islam Selangor (UIS)
2. Cik Nurulhuda Binti Mohd Azizi
    Ijazah Pengajian Islam
    Universiti Islam Selangor (UIS)
3. Cik Nur Elysha Sofia Binti Roseli 
    Ijazah Sarjana Muda Syariah
    Universiti Islam Selangor (UIS)
4. Cik Syahirah Binti Johar
    Ijazah Perundangan Syariah
    Universiti Melaka (UNIMEL)
5. Cik Nur Qalida Aina Binti Mohd Faizul
    Ijazah Perundangan Syariah
    Universiti Melaka (UNIMEL)
6. Cik Nur Asyura Binti Abd Aziz Shahrifuaddin
    Ijazah Perundangan Syariah
    Universiti Melaka (UNIMEL)
7. Cik Syafiqah Binti Nor Azam
    Ijazah Perundangan Syariah
    Universiti Melaka (UNIMEL)
8. Cik Nurhanis Humairah Binti Mohd Zamri
    Ijazah Perundangan Syariah
    Universiti Melaka (UNIMEL)
9. Cik Puteri Maisara Binti Mohamad Ramli
    Ijazah Perundangan Syariah
    Universiti Melaka (UNIMEL)
10. Encik Harith Iskandar Bin Zulkepli
      Ijazah Pengurusan Pembangunan Islam
     Universiti Melaka (UNIMEL)
11. Cik Mikyal Amrinie Wahyu Binti Khirruddin
      Ijazah Syariah Hukum Keluarga
     Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau

Semoga pelajar sentiasa berjaya dan terus cemerlang di luar sana walau berada dalam bidang apa sekalipun, terima kasih.

 PELAJAR TAMAT LATIHAN PRAKTIKAL DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA DIRAIKAN OLEH KHS MSNM  PELAJAR TAMAT LATIHAN PRAKTIKAL DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA DIRAIKAN OLEH KHS MSNM  PELAJAR TAMAT LATIHAN PRAKTIKAL DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA DIRAIKAN OLEH KHS MSNM

  • Hits: 1342

MESYUARAT JK TABUNG / KUMPULAN WANG AMANAH BSK MSNM BIL. 1 TAHUN 2024

27 Ogos 2024 | 22 Safar 1446H (Selasa) - Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah Bahagian Sokongan Keluarga, Mahkamah Syariah Negeri Melaka Bil. 1/2024  telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tun Ali, Aras 3, Blok Temenggong, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dengan dihadiri oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Hj Abdul Halim bin Tawil, Mufti Negeri Melaka, Yang Amat Arif Tuan Azzeman bin Omar, Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka, Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka, Tuan Shukeri Najib bin Ab Rahim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah, Puan Jamiah binti Hussin, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Puan Siti Masitah binti Md Kassim, Penolong Pengarah Kanan BSK selaku Setiausaha, Tuan Azimaruddin bin Abd Zain, Puan Wan Siti Khadijah Habibah binti Wan Husin, Encik Azahar bin Hj Jaapar, Puan Hanafizah binti Hussain, Encik Mohd Nizam bin Azmi dan Puan Zubaidah binti Yacop. 

Turut menghadiri mesyuarat ini adalah wakil daripada Unit Kewangan Jabatan Ketua Menteri Melaka, Puan Nur Hartatie Azira binti Azizan dan Puan Zamiatulsafiah binti Mohideen. Pelbagai isu dibincangkan bagi memastikan akaun amanah BSK ditadbir urus dengan baik dan teratur menepati tatacara yang ditetapkan. Di kesempatan ini juga Penolong Pengarah Kanan BSK SN Melaka, Puan Siti Masitah sempat memberikan pengenalan ringkas berkenaan BSK kepada YB SUK. Sekian.

MESYUARAT JK TABUNG / KUMPULAN WANG AMANAH BSK MSNM BIL. 1 TAHUN 2024 MESYUARAT JK TABUNG / KUMPULAN WANG AMANAH BSK MSNM BIL. 1 TAHUN 2024 MESYUARAT JK TABUNG / KUMPULAN WANG AMANAH BSK MSNM BIL. 1 TAHUN 2024

  • Hits: 716

LAWATAN KERJA KETUA HAKIM SYARIE KE MRS DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

09 Ogos 2024 | 4 Safar 1446H (Jumaat) - Lawatan Kerja Ketua Hakim Syarie ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah, Melaka Pada:

Tarikh   : 09 Ogos 2024

Masa    : 9.00 Pagi

Tempat : Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah, Melaka

Lawatan Kerja KHS ke MRS Daerah Alor Gajah, Melaka Lawatan Kerja KHS ke MRS Daerah Alor Gajah, Melaka Lawatan Kerja KHS ke MRS Daerah Alor Gajah, Melaka

  • Hits: 255