Mahkamah Rendah Syariah Masjid Tanah Daerah Alor Gajah
Mahkamah Syariah Masjid Tanah telah mula beroperasi dan menjalankan fungsi secara rasmi sebagai Institusi Kehakiman Syariah sejak September 2017 setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan kes-kes telah mula dibicarakan di Mahkamah itu sejak awal November 2017 yang lalu. Institusi Kehakiman Syariah itu kini beroperasi di Bangunan Mahkamah Rendah Syariah & Kaunter Kutipan Hasil/Cukai Tanah Cawangan Masjid Tanah, Kompleks Japerun Lendu, 78300 Masjid Tanah, Melaka.
Mahkamah ini ditadbir oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah di dalam hal Perundangan, Pentadbiran dan Kewangan yang juga dibantu selia oleh seorang Penolong Pendaftar dan seorang Penolong Pegawai Tadbir serta seorang Pembantu Syariah bagi melancarkan perjalanan kes harian. Pegawai dan kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah akan bertugas secara bergilir-gilir di Mahkamah ini sehingga perjawatan baru diwujudkan kelak.
Merujuk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) No.7 Tahun 2002, Mahkamah Rendah Syariah hendaklah :
Dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh Enakmen atau undang-undang bertulis lain itu tidak melebihi tiga/lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu. (refer Puan KP)
Dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberikuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).
Yang Di-Pertuan Agong boleh dari masa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta memperluas bidangkuasa mal Mahkamah Rendah Syariah.
Sedang Dikemaskini
Sedang Dikemaskini
MS
EN






















.png)





.png)








