Skip to main content

Dasar & Penyelidikan

Objektif
  1. Memperkukuhkan Sistem Kehakiman Syariah
    • Mewujudkan dasar dan garis panduan yang meningkatkan integriti, ketelusan, akses keadilan serta keberkesanan prosiding di Mahkamah Syariah.
  1. Menjadikan Mahkamah Syariah Berasaskan Data & Penyelidikan
    • Menyokong keputusan pengurusan dan kehakiman melalui bukti empirikal, analisis statistik dan kajian ilmiah yang berkualiti.
  1. Menyedia dan Menyokong Pembentukan Undang-Undang Syariah yang Maju & Relevan
    • Membantu memastikan undang-undang Syariah negeri seiring dengan keperluan masyarakat semasa tanpa mengabaikan prinsip syarak.
  1. Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Kes
    • Mengoptimumkan aliran kerja mahkamah melalui polisi, SOP dan cadangan penambahbaikan yang berasaskan dapatan kajian dan analisis kesesakan/kelewatan.
  1. Menggerakkan Transformasi Digital Mahkamah
    • Melaksanakan kajian dan dasar yang menyokong digitalisasi, automasi, dan sistem e-kehakiman dengan teratur dan selamat.
Fungsi
  1. Menggubal dan Menyelia Dasar Dalaman Mahkamah
    • Merangka, menyemak dan mengemaskini garis panduan kehakiman bagi memastikan keseragaman dan keberkesanan pelaksanaan.
    • Menyediakan dasar baharu yang responsif kepada isu semasa Syariah.
  1. Menjalankan Kajian dan Penyelidikan Perundangan Syariah
    • Melaksanakan penyelidikan isu-isu undang-undang, prosedur dan statistik kes bagi tujuan penambahbaikan.
    • Membantu hakim-hakim melalui analisis ilmiah berkaitan perkembangan undang-undang negeri lain, akademik semasa, serta standard pentadbiran kehakiman.
  1. Menyediakan Kertas Cadangan dan Syor Penambahbaikan
    • Menyediakan kertas polisi, kertas makluman, dan nota eksekutif kepada Ketua Hakim Syarie.
    • Mengemukakan syor berasaskan penyelidikan bagi memperkukuh sistem kehakiman dan pentadbiran Mahkamah Syariah.
  1. Menjalankan Kajian Semula Undang-Undang (Law Review)
    • Menilai keperluan pindaan Enakmen dan Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah.
    • Menyediakan draf awal cadangan pindaan perundangan
Carta Unit

Sedang Dikemaskini