Skip to main content

Rekod

Objektif

Objektif utama Unit Rekod ini ditubuhkan ialah :

  • Bagi mewujudkan dan melaksanakan sistem pengurusan rekod yang sistematik, teratur dan efisyen berdasarkan perundangan dan peraturan yang telah ditetapkan.
  • Memberi penerangan, latihan dan khidmat nasihat kepada Jabatan, Seksyen Rekod juga bertanggungjawab memastikan keseragaman pelaksanaan yang berterusan melalui program-program pengurusan rekod serta mengusahakan inovasi dan peningkatan yang berterusan bagi meningkatkan lagi pengurusan rekod di Jabatan Kehakiman Syariah seluruh Malaysia.

Fungsi
  • Melaksanakan pengurusan rekod di jabatan seiring dengan kehendak kerajaan melalui Akta, Pekeliling, Arahan Amalan KHS dan arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Termasuk panduan yang ditetapkan di dalam buku Rekod Klasifikasi Fail JKSM
  • Merangka pelan perancangan pengurusan rekod dan memastikan pengurusan rekod di MSNM efisyen dan sistematik. Termasuk menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan rekod.
  • Mengadakan latihan yang berterusan kepada semua Pegawai dan kakitangan berkaitan pengurusan rekod jabatan.
  • Mengadakan mesyuarat JKTUR dua kali setahun bagi membincangkan pengurusan rekod MSNM.
  • Berusaha mengadakan program inovasi yang melibatkan pengurusan rekod bagi tujuan penambahbaikan dan mewujudkan proses perkhidmatan yang lebih cekap dan efisyen.
Carta Bahagian

Sedang Dikemaskini