16 – 18 Ogos 2016, Brunei Darussalam, Projek Kajian Penyelidikan Perundangan Syariah 2016 telah diadakan dengan jayanya di Negara Brunei Darussalam. Projek kajian penyelidikan tersebut telah disertai oleh Jawatankuasa Geran Penyelidikan Perundangan Syariah (JGPS) MSNM, dipengerusikan oleh Y.A.A Datuk H.j Mohd Radzi Bin Hj. Ab Latif, Ketua Hakim Syarie MSNM yang juga merupakan Ketua Delegasi, Timbalan Pengerusi I Y.A Tuan Hj. Mohd Asri Bin Hj.Tahir, Timbalan Pengerusi II Y.A Tuan Mohamad Khalid Bin Shaee, Pengarah Projek Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Setiausaha Tuan Amiruddin Bin Abdul Latip, Timbalan Setiausaha Tuan Mohd Tarmizi Bin Jaafar dan wakil Pentadbiran Am Encik Sazali bin Ibrahim.

Objektif projek kajian penyelidikan tersebut diadakan adalah bagi tujuan mengkaji dasar dan pelaksanaan undang-undang Hudud di Negara Brunei Darussalam dari aspek penerimaan dan kesan kepada masyarakat Islam & bukan Islam. Skop kajian adalah meliputi perbezaan tafsiran perundangan, kehakiman dan pelaksanaan undang-undang Syariah serta kajian lapangan, diskusi dan muzakarah bersama pengamal perundangan Syariah di Negara Brunei.


Projek Kajian Penyelidikan Perundangan Syariah dimulakan dengan lawatan penyelidikan ke Mahkamah Syariah Brunei Darussalam yang terletak di bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-Mahkamah Syariah. Setibanya disana, delegasi MSNM telah disambut oleh Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Salim bin Haji Besar, Ketua Hakim Syarie serta pegawai-pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah Negara Brunei. Seterusnya delegasi MSNM di bawa melawat disekitar bangunan Mahkamah Syariah sambil diberi penerangan ringkas oleh pegawai-pegawai Mahkamah Syariah Brunei. Sesi taklimat dan penerangan serta diskusi juga diadakan bagi membincangkan berkaitan pelaksanaan Hudud di Negara Brunei.


