Skip to main content

Perhimpunan Bulanan Mahkamah Syariah Negeri Melaka Bulan Oktober 2016

Perhimpunan Bulanan Mahkamah Syariah Negeri Melaka Bulan Oktober 2016


28 Oktober 2016 (Jumaat)- Perhimpunan Bulanan Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah diadakan di ruang legar aras 4,Kompleks MSNM. Perhimpunan yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan MSNM itu dijalankan tepat pada jam 3.00 petang.

perhimpuan1

Sesi Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian  lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Asma Ul Husna oleh semua pegawai yang hadir. Seterusnya bagi memberkati majlis perhimpunan pada petang itu,  sesi bacaan doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Karim bin Ibrhim .

perhimpuan1

perhimpuan1
Perhimpunan dimulakan dengan sesi taklimat oleh Tuan Amirrudin bin Abdul Latip selaku Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM. Beberapa pemakluman berkaitan aktiviti kelab bagi perancangan pada bulan Disember 2016 dan aktiviti tahun 2017 telah disampaikan oleh beliau. Kemudian, sesi taklimat diteruskan dengan taklimat amalan hijau oleh Encik  Azahar bin Hj. Jaapar dan Encik Muhammad Afiq bin Ab Samat iaitu  mewakili  Jawatankuasa Landskap dan Amalan Hijau MSNM. Kemudian,   taklimat perlaksanaan hasil dapatan Audit Dalam  ISO telah disampaikan oleh Tuan Mohd Zamri bin Zainuddin selaku Ketua Audit Dalam MSNM bagi tujuan peringatan agar tindakan segera dapat diambil oleh semua yang terlibat.

perhimpuan1

perhimpuan1

perhimpuan1


Kemudian perhimpunan  diteruskan  oleh ucapan  Ketua Pendaftar MSNM, Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz dan Amanat ringkas oleh Ketua Hakim Syarie MSNM, YAA Datuk Haji Mohd Radzi Bin Haji Abd Latif.  Dalam amanat tersebut beberapa teguran telah dibuat bagi penambahbaikan perkhidmatan Mahkamah Syariah Negeri Melaka kepada semua pegawai dan kakitangan MSNM.  Beliau turut mengingatkan semua pegawai agar sentiasa proaktif dalam menjayakan kesemua agenda yang telah dirancang.

perhimpuan1

Perhimpunan kali ini lebih istimewa kerana pada kali ini, turut diadakan majlis perasmian Laman Web Baru Mahkamah Syariah Negeri Melaka.  Perasmian secara simbolik telah disempurnakan oleh YAA Datuk Ketua Hakim Syarie dengan memotong banting laman web, kemudian montaj perasmian ditayangkan.

perhimpuan1

Kemudian sesi penyampaian sijil penghargaan kepada kumpulan-kumpulan inovasi iaitu Kumpulan Aura Kesidang dan The Sheriff  turut diadakan bagi menghargai penat lelah dan usaha gigih kedua-dua kumpulan dalam melakar nama Mahkamah Syariah Negeri Melaka dalam program-program inovasi mahkamah.

perhimpuan1
Perhimpunan telah berakhir pada pukul 5.00 petang seusai majlis penyampaian sijil perhargaan tersebut.