20 September 2018 | 10 Muharram 1440H (Khamis) - Mahkamah Syariah Melaka telah berbesar hati menerima kunjungan agensi agama dari Negeri Perak. Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Pendakwa Syarie Negeri Perak, Tuan Mohamad Ridzuan bin Yusof. Selain dari Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak, lawatan turut disertai oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak dan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Rombongan seramai 11 peserta telah diberi taklimat oleh Ustaz Muhd Hafiz bin Azman tentang prosedur jaminan yang dilaksanakan di Negeri Melaka. Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, selaku Ketua Pendaftar mewakili Ketua Hakim Syarie Melaka telah menyampaikan rasa sukacita atas kunjungan tersebut dan turut mengharapkan perkongsian yang berfaedah dari negeri Perak. Sesi taklimat dan soal jawab tamat pada jam 5.45 petang dengan lawatan ke galeri Mahkamah Syariah Melaka dan sesi bergambar.
Disediakan Oleh: Mohamad Ridzuan Bin Zainudin