15 Februari 2019 | 10 Jamadil Akhir 1440H (Jumaat) - Perhimpunan Bulanan Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) Bil. 1/2019 dilangsungkan di Dewan Banquet Tingkat 4 Kompleks Mahkamah Syariah. Ucaptama disampaikan oleh Yang Amat Arif Tuan Haji Nadzri bin Haji Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie. Program rasmi yang menghimpunkan semua warga MSNM dianjurkan dua bulan sekali berdasarkan blueprint jabatan. YAA telah menyentuh tentang pengemaskinian HRMIS, belanjawan berhemah dan menyampaikan beberapa pesanan oleh Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Tiga Halatuju JKSM bagi tahun 2019 telah diterangkan oleh YAA bertujuan untuk menyelaraskan kerjasama antara MSNM dan pihak ibu pejabat di Putrajaya. YAA menyatakan hasrat untuk melihat MSNM terkehadapan dari segi pelaksanaan pembaharuan dengan cogankata “segalanya bermula di Melaka”. Ucapan tahniah diberikan oleh YAA kepada penerima pingat, APC, warga MSNM yang terpilih menyertai kursus dan yang dilantik sebagai jawatankuasa di peringkat Jabatan dan persatuan. Perhimpunan di serikan dengan gimik perasmian program Personal Shopping dan diakhiri dengan jamuan kesyukuran oleh gabungan penerima APC tahun 2018.
Disediakan Oleh: Mohamad Ridzuan Bin Zainudin